Thursday, January 10, 2019

TOYOTA KEKAL NOMBOR SATU JENAMA AUTOMOTIF YANG PALING BERNILAI MENDAHULUI MERCEDES, BMW


Untuk enam tahun berturut-turut, Toyota masih mengekalkan kedudukan teratas selaku jenama yang paling bernilai di dunia menewaskan jenama-jenama barat seperti Mercedes-Benz dan BMW.
Di tempat kedua pula, Mercedes-Benz berjaya memintas BMW buat kali pertama manakala Ford pula berjaya menduduki tangga keempat. 
Peningkatan nilai jenama Toyota sebanyak 5% kepada hampir US$30 billion itu adalah disebabkan terdapat peningkatan permintaan terhadap SUVnya di pasaran Eropah dan US, selain konsisten menawarkan produk yang berkualiti, tahan lasak dan mudah dipercayai. 

Mercedes pula mencatatkan penumbuhan positif yang disumbangkan oleh prestasi yang cemerlang di pasaran China, Brazil dan Russia, selain daripada kejayaan yang dikecapi selepas pelancaran model terbaharu E Class mereka. 
Setelah dua tahun menghilang akibat skandal dieselgate yang melanda, Volkswagen akhirnya kembali memasuki carta di tempat ke-10. 
Walaupun skandal yang melanda itu mengakibatkan VW mengalami kerugian yang amat tinggi, tahap kesetiaan pelanggan terhadap jenama tersebut masih kekal dan tidak berubah. 
Berikut merupakan senarai jenama automotif yang paling bernilai di dunia berdasarkan kajian oleh BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands
1. Toyota
2. Mercedes-Benz
3. BMW
4. Ford
5. Honda
6. Nissan
7. Audi
8. Tesla
9. Maruti Suzuki
10. Volkswagen
Sumber: Automotive News

Wednesday, January 9, 2019

ADAKAH INI WAJAH TOYOTA HIACE BAHARU?


Toyota Hiace mungkin minivan yang paling berpengaruh di dunia. Ia merupakan salah satu produk minivan Toyota yang paling berjaya di dunia. Jika anda biasa ke pusat peranginan di Thailand seperti Phuket, Krabi, Pattaya atau Koh Smui, Hiace (commuter) merupakan van pelancongan wajib di sana. 11 daripada 10 van yang digunakan di sana ialah Toyota Hiace.
Ia sebuah van “komersial” yang dibina menggunakan platform ladder frame / body on frame dengan tujuan menjadikannya tahan lasak dan boleh digunakan di pelbagai permukaan jalanraya. Dari sebuah negara dengan aspal rata seperti Jepun, atau jalanraya berlubang di Afrika. Pendek kata Hiace umpama sebuah Hilux versi global untuk pasaran penumpang.
Ia adalah antara produk paling lama Toyota dalam pasaran. Mula diperkenalkan pada 1967 dan sasaran pasarannya tidak pernah berubah. Kegunaan komersial dan enjin pilihan petrol atau diesel. Dan walaupun sudah masuk pengeluaran ke tahun 50, Hiace cuma diperkenalkan dalam lima generasi. Tidak dinafikan, generasi H200 (kelima) merupakan yang paling berjaya.
Kali terakhir Hiace diperbaharui ialah pada 2004. Kini, setelah 15 tahun di pasaran, kedengaran bahawa model ini akan digantikan sepenuhnya dengan platform serba baharu.

Menurut media Jepun, generasi baru Hiace mempunyai lebih banyak ruang dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Bahagian belakang dan reka bentuk kokpit akan diperbaiki untuk menghasilkan lebih banyak ruang untuk barangan.
Enjin turbocharged diesel 2.8L 1GD-FTV akan digunakan terus pada model ini. Walaupun dianggap sebagai generasi baru Hiace, media dari Jepun memberitahu bahawa model ini mungkin mengubah namanya buat pertama kali. Ia mungkin dikenali sebagai Grand Ace.



Sejauh mana kebenaran tersebut tidak dapat dipastikan.
Kena tunggu saja lah.

Sumber : http://www.mekanika.com.my

Tuesday, January 8, 2019



Toyota vios 2019


ANDA ADA MASALAH INI ?
PENING MEMIKIRKAN KERETA YANG MAMPU MENJIMATKAN POKET ANDA ?
BUKAN KITA TAK TAHU KOS MEMBELA KERETA BUKAN MURAH, PERGI PUSAT SERVIS BANYAK DUIT HABIS, KALAU KERETA MERAGAM LAGI LAH GARU KEPALA. BUKAN SEMUA KERETA LASAK DALAM PASARAN, JALAN RAYA KITA PERLUKAN KERETA LASAK DAN JIMAT KOS MEMBELA.
ANDA INGIN TENANG MEMIKIRKAN MASALAH KERETA MERAGAM TENGAH BULAN ?
TOYOTA VIOS BAHARU 2019 ADALAH SALAH SATU PILIHAN TERBAIK
TOYOTA MERUPAKAN JENAMA YANG DIPERCAYAI TAHAN LASAK DAN JIMAT KOS SERVIS.
DESIGN BARU MEMBUATKAN ANDA RASA BANGGA WALAUPUN RAKAN ANDA MEMBAWA KERETA JEPUN JENAMA LAIN SEWAKTU REUNION.
TAK PAYAH SERVEY INI WAJIB ANDA DAPAT :
1. Panoramic view monitor (360 camera)✔️
2. Video recorder ðŸŽ¥ (automatic charge)✔️
3. Seat ðŸ’º leather (design baru)*✔️
4. Reverse camera ðŸ“· ✔️
6. USB charging ✔️
7. Tinted security (ketuk tak pecah bossss)✔️
8. Sport Rim (saiz 16 boss) ✔️
9. Hill start asist (HAS) ✔️
10. Blind spot monitor ✔️
*model G sahaja
SEMPENA TAHUN BARU KAMI DARIPADA TOYOTA KL CARE NAK OFFER KEPADA YANG SERIUS :
FREE BODY KIT
DAN FULL LOAN KAMI ADJUSTKAN
HUBUNGI SEGERA SEBELUM TAWARAN TAMAT 15/1/2019

Monday, January 7, 2019

KENAPA TOYOTA TAHAN LAMA ?
Jika tanya semua yang pernah naik teksi di pekan lama naik kereta apa mesti mereka jawab kebanyakan mereka naik jenama Toyota ‘old school”. Belum tanya lagi abang kontraktor mesti 4x4 jenama Toyota lah mereka pilih. Kekal 75 tahun dalam pasaran dunia kini masih top dalam ranking dunia. Mesti ada rahsia kenapa Toyota kekal kental dan tahan lama.
Kita tahun orang Jepun memang berpegang dengan prinsip dan nilai yang baik contoh 5s dan banyak lagi. Bagi Toyota Keizen merupakan prinsip khas yang mereka tanamkan dalam pembuatan kereta, keizen bermaksud “continuous improvement”. Selain itu TQM (Toyota quality managment) merupakan prinsip lama yang mereka pegang sejak 1940 lagi menyebabkan gergasi automotive dunia ini mampu menghasilkan kereta yang berkualiti dan tahan lama. Sebagai contoh jika mereka mereka memerlukan diameter engkol piston 5.667mm, mereka akan pastikan diameter tetap 5.667mm jika produk dihasilkan, tiga titik perpuluhan pun mesti kena siapkan.
Resales value tinggi di Malaysia memang trade mark Toyota. Resale value yang tinggi juga terkesan pada anak tiri lain mak mereka iaitu Perodua. Jual balik Myvi pun boleh dapat cash back top up hutang bank. Walaupun sekarang Toyota sudah ramai pesaing yang hebat tapi mereka tetap kekal keluarkan model baru malahan 8% model yang di jual 20 tahun lalu masih di Jalan raya.
Toyota KL Care- Admin